Pelakon Syazwan Zulkifly memberitahu dia masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Ujar pelakon Pujaan Hati Kanda itu, dia mengakui kini sedang mengenali dengan lebih dekat seorang wanita yang dikenali sebagai Sya Zulkifli.

“Dia adalah kenalan lama saya dan kami sudah saling mengenali cuma belum putuskan masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

“Ketika ini saya sibuk dengan karier seni manakala dia pula sering terbang di awan biru kerana komitmen kerjaya sebagai pramugari,” katanya kepada MHE TV.

Tambah Syazwan lagi, dia juga sudah mengenali keluarga teman wanitanya yang berasal dari Taiping, Perak.

“Ya, saya sudah kenal dengan keluarganya begitu juga dia yang pernah bertemu dengan keluarga saya.

“Dah 10 tahun kami saling kenal cuma beberapa tahun kebelakangan ini hubungan yang awalnya sebagai sahabat menjadi lebih serius.

“Saya tidak menghebahkan hubungan kami pada awalnya kerana lebih selesa begini. Cuma baru-baru ini sahaja saya ada memuat naik gambarnya dalam Instagram. – MHE TV

Iklan