Heboh cerita sehingga tular seluruh Malaysia apabila penduduk beberapa buah kampung di Kampung Gajah, Perak termasuk di Kampung Sungai Galah di sakat ‘sesuatu’ yang mengetuk pintu rumah mereka pada waktu tengah malam.

Apabila pemilik rumah membuka pintu, mereka dapati tiada sesiapa pun di luar rumah. Kejadian itu mula menimbulkan ketakutan dan keresahan para penduduk kampung.

Kemudian timbul pula cerita kononnya apa yang berlaku itu ialah gangguan daripada hantu raya belaan seorang penduduk  kampung  di  situ.

Lelaki yang membela makhluk tersebut dikenali sebagai Pak Jago.

Dikatakan hantu inilah yang datang berkunjung ke rumah penduduk kampung setiap malam tanpa diundang.

Namun 15 Januari lalu, adik ipar kepada Pak Jago melalui Facebooknya bernama Nurul Natassya menafikan tuduhan tersebut.

Beliau menyatakan semua cerita tersebut adalah fitnah yang dilemparkan kepada abang iparnya.

“Assalamualaikum..semua dah tau pasal gangguan di kawasan Sungai Galah sejak beberapa hari ni.

“Kepada penyebar fitnah tu tolong jangan ambil kesempatan menuduh dan terang- terang sebut nama abang ipar saya seolah-olah punca kejadian di Sungai Galah tu berpunca daripada abang ipar saya yang konon membela benda tu..Eh come on la guys kenapa perlu dengar daripada mulut orang lain bukannya daripada tuan punya badan?

“Nama baik abang ipar saya sekarang dah kotor disebabkan fitnah ni, saya harap pihak polis dapat siasat kes ni sampai maruah keluarga kakak saya DIBERSIHKAN!!

Stop sebarkan fitnah kepada abang ipar saya Pak Jago,” tulisnya.

Laporan polis yang  telah dibuat Pak Jago.

Turut dilampirkan laporan polis yang  telah dibuat Pak Jago dengan menafikan dia membela hantu raya selain menjadi punca gangguan tersebut.

Semalam, sekali lagi Nurul Natassya memuat naik postingnya.

Katanya, kes tersebut telah selesai selain memberi amaran di mana keluarganya akan mengambil tindakan sekiranya masih ada pihak menyebarkan fitnah tersebut.

“Tak kena dekat batang hidung sendiri, dekat keluarga sendiri memang senang korang cakap tak habis lagi ke? Ni dah melibatkan maruah keluarga sampai jatuh fitnah! Alhamdulillah kes ni pun dah selesai, kalau ada lagi cerita yang tak sedap kami akan ambil tindakan lain! Sudah-sudah la ye menokok tambah lagi..awak semua tu bukannya tau cerita yang sebenar – benarnya. Dengar pun daripada mulut orang jugak kan?” kongsinya-  MHE TV

Iklan