Peminat semua sedia maklum akan penangkapan pelakon Benjy yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara, Indonesia tahun lalu kerana menyeludup dadah.

Atas kesalahan tersebut, anak kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty ini dihukum penjara selama 11 tahun.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) baru-baru ini melawat Benjy di penjara selepas mendapat laporan tentang kesihatan pelakon itu yang kurang baik.

Ikuti temubual MHE TV bersama Presiden Seniman, Zed Zaidi yang berkongsi khabar tentang Benjy.

Iklan