Sebuah stesen televisyen di Belanda baru-baru ini mengundang kemarahan peminat KPop gara-gara menayangkan sedutan video pengkebumian mendiang penyanyi Jonghyun.

Dokumentari bertajuk Ewout & Tough K-pop World telah memaparkan topik mengenai kesukaran yang dilalui artis KPop di persada dunia hiburan sehingga menyebabkan mereka mengalami depresi.

Bekas anggota kumpulan SHINee, Jonghyun dipercayai membunuh diri akibat mengalami masalah depresi

Dalam salah satu paparan, pihak produksi program itu telah menggunakan video rakaman pengkebumian anggota kumpulan SHINee itu dan menyimpulkan Jonghyun bunuh diri kerana tidak kuat menghadapi tekanan sebagai seorang penyanyi idola.

Rata-rata peminat bukan marah kerana kenyataan Jonghyun mengalami depresi tetapi terkilan kerana pihak stesen itu mengulang siar video pengkebumian artis yang pernah menjadi pujaan mereka.

“Ini sangat menjijikkan, begitu mengerikan, kasar dan tidak sopan. Apakah mereka layak disebut manusia? Menyiarkan video pengkebumian seperti itu? Serius?,” kecam seorang peminat.

“Stesen TV itu sangat menjijikkan, tindakan mereka tidak menggunakan otak sanggup menyiarkan video pengkebumian Jonghyun?” tambah seorang lagi.

Jonghyun disahkan meninggal dunia di usia 27 tahun selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartmen dalam hotel residensi di Cheongdam-dong, Gangnam pada 18 Disember 2017 – MHE TV

Iklan