Anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa baru-baru ini mencuri perhatian umum sekali gus mencetuskan kontroversi.

Semua gara-gara gaya penampilannya yang didakwa tidak memakai baju dalam semasa tiba di Lapangan Terbang Incheon, Korea, pada 7 Julai lalu.

 

Penampilan Hwasa (Mamamoo) ketika tiba di Lapangan Terbang Incheon, baru-baru ini.

Ketika itu, penyanyi berusia 23 tahun ini bersama tiga anggota lain baru tiba dari Hong Kong selepas selesai mengadakan konsert di Festival Muzik SBS Super Concert.

Hwasa memakai baju T berwarna putih yang jarang sekali gus jelas menampakkan bentuk dan puting buah dadanya.

Dia bagaimanapun kelihatan bersahaja dan berjalan sambil tersenyum ke arah peminat dan pihak media.

Penampilan berani Hwasa itu terus mendapat pelbagai reaksi, tak kurang dikritik warganet.

Meskipun ada yang berpendapat fesyen tanpa bra menjadi trend masa kini namun ada yang menilai penyanyi berasal Jeonju, Jeollabuk-Do itu tidak tahu malu kerana dia berada di tempat umum. – MHE TV

Iklan