Siapa nak bela nasib para pemain Terengganu City FC (TCFC) nih!

Dari tarikh hari ini, khabarnya mereka belum menerima sebarang bayaran oleh pihak pengurusan pasukan musim lalu.

Bayangkan, pada tempoh itu ada dalam kalangan mereka dihalau gara-gara tidak mempunyai wang untuk membayar sewa rumah.

Lebih menyedihkan lagi, wujud kes pemain TCFC ‘pokai’ sewaktu hendak menyambut kelahiran bayinya.

Kalau bukan kerana bekas pemain tengah, Shafuan Adli Shaari mendedahkan perkara ini, mungkin sehingga hari ini ia tidak dihebohkan.

“Ajaibnya, kami masih mampu berjuang bermati-matian dalam saingan Piala FAM musim lalu sehingga bergelar juara.

“Memang perit apabila ada beberapa pemain bujang dalam pasukan kami dihalau dari rumah kerana tidak membayar sewa dan ada yang tak ada duit nak isi minyak motosikal untuk datang latihan.

“Paling sedih apabila ada pemain yang terpaksa berada dalam bilik bersalin untuk menyambut kelahiran anak dalam keadaan ‘pokai’.

“Tapi semangat untuk melihat pasukan melangkah jauh dalam Piala FAM, kami lupakan seketika keperitan yang dialami,”

jelas beliau seperti yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar. 

Khabarnya, kelab tersebut belum membayar tunggakan gaji jurulatih dan pemain pasukan berjumlah kira-kira RM1 juta.

Malah, Shafuan turut mengakui TCFC masih belum melunaskan bayaran keseluruhan gajinya RM50,000.

Justeru, beliau berharap situasi terbabit dapat diselesaikan segera.

Rata-rata pemain mahu tunggakan gaji dibayar kerana ia pendapatan utama bagi mereka.-MHE TV

Ruang komen