Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berpeluang menyambut Aidiladha tahun inj di sebuah bandar di N’Djamena, Chad, Afrika.

Kali pertama beraya di perantauan, selebriti berusia 33 tahun ini juga dapat menyempurnakan ibadah puasa sunah Arafah sehari sebelum tiba hari raya.

Selain itu, kata Heliza dia juga dapat menunaikan solat sunat Aidiladha dan yang menarik baginya, kerana menjadi kebiasaan kaum muslimah di sana berjemaah di kaki lima.

“Di sini solat untuk perempuan di kaki lima , menarik sekali! Alhamdulillah,” tulis pelakon Syurga Cinta ini dalam akaun Instagram miliknya, semalam.

Tidak keseorangan, pemergian Heliza ke negara itu pada 8 Ogos lalu ditemani adiknya, Hazwani Helmi serta pasukan Yayasan Amal Malaysia.

Kata Heliza, dia tambah teruja kerana pasukannya berganding bahu membantu menyempurnakan ibadah korban.

Mereka menjalankan korban sebanyak 490 ekor lembu.

“Insya-Allah hari ni 490 ekor korban, doakan team @amalqurbanmalaysia diberikan tenaga dan kemudahan untuk melakukan korban hari ni,” kongsinya lagi. – MHE TV

Iklan