Susulan berita hangat tular dalam media sosial membabitkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dengan gadis didakwa bawah umur, kelmarin, isterinya penyanyi Bella Astillah, 25, membayangkan mungkin tiada jodoh di antara mereka.

Setelah pernah dua kali cuba bertahan apabila suami dikatakan ada hubungan baik dengan pelakon Afifah Nasir pada 2011 dan kemudian dengan pelakon Oktovia Manrose iaitu anak komposer terkenal, Iwan awal tahun ini, terbaharu Aliff dikaitkan pula dengan peminat yang turut didakwa gadis bawah umur (16 tahun).

“Apa yang saya umum di Instagram adalah keputusan yang telah saya buat. Saya telah mengambil kata putus untuk move on dengan anak kerana mahu Ayden hidup dengan benda yang positif.

“Mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik. Saya minta orang ramai doakan kebahagian saya dan Aliff. Mungkin tak ada jodoh. Saya mahukan yang terbaik untuk Ayden,” antara kata Bella yang memberi komen terhadap situasi rumah tangganya di sebuah stesen radio tempatan pagi tadi.

Bella menjadi buruan media apabila suaminya sekali lagi terjebak dalam masalah yang membuatkan bukan sahaja namanya tercalar tetapi juga menimbulkan rasa marah dalam kalangan peminat beragama Islam dengan perkembangan sensasinya pada bulan yang mulia.

Gambar yang dimuat naik di Internet melihatkan hubungan intim lelaki mirip Aliff itu, jelas menunjukkan kesilapan besar selain tidak menghormati bulan puasa selain kecurangan seorang suami, mengundang kemarahan ramai andai itu memang kelibat pelakon berasal dari Singapura ini.

Diharapkan Aliff cuba selamatkan keadaan atau berdepan kemungkinan permohonan cerai yang dibayangkan isteri.

Bella juga semalam memohon orang ramai tidak mengirimkan direct message (DM) atau gambar tak manis Aliff kepadanya bagi menghormati perasaan dan memberi ruang kepadanya untuk bertenang, yang ketika ini sedang berada di Kota Kinabalu bersama  keluarga.

Kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil Muhammad Ayden Adrean, 2 tahun. – URTV

Jom layari www.urtv.com.my untuk banyak lagi kisah menarik artis popular tanah air.

Iklan