Dugaan membesarkan anak lelaki memang lebih mencabar daripada anak perempuan.

Dan hakikat ini diakui oleh pelakon dan pengacara, Yana Samsudin apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa anak lelakinya, Aisy Mateen, 3 tahun.

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon itu dalam laman Instagram miliknya, Yana berkongsi foto Mateen yang sedang berbaring.

Yana dan Fadzil bersama Mateen sewaktu majlis sambutan hari lahir Mateen baru-baru ini.

“Nak….gambar ini mommy akan post dan print untuk kenang kenangan.

“Dulu mummy jatuh basikal terkontal ke depan sebab mommy terguna break tayar depan untuk break…akibatnya dua gigi ke dalam.

“Semalam, @aisymateen tolak belon bentuk car dan jatuh tersungkur kat simen. Akibatnya, satu gigi ke dalam!” tulis Yana.

Keadaan Mateen yang dirawat selepas jatuh tersungkur di simen.

Terkesan dengan kejadian tersebut, Yana kini lebih berhati-hati dan perlu sentiasa berwaspada dalam menjaga Mateen.

“Betul kata orang-orang. Anak lelaki ‘more to go!’ Banyak lagi kita akan tempuhi. Jahit, lebam, berdarah la apa lagi,” tambah Yana lagi.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, berkahwin dengan Fadzil Zahari pada Februari 2015.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Aisy Mateen pada Julai 2016. – MHE TV

Iklan