Bergelar seorang usahawan, meninggalkan seribu satu rasa dalam ranjau mencapai kejayaan.

Hanya mereka yang benar-benar komited mengerti tentang selok-belok dalam dunia perniagaan.

Bagi pengarah dan penerbit, Erma Fatima yang turut aktif sebagai usahawan bagi jenama Mak Cun, dia tidak pernah kenal erti putus asa dalam membangunkan bisnesnya.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, Erma berkongsi momen manis selama dia bergelar usahawan dan membuka reruai jualan di sesebuah tempat.

“Ini momen paling indah menjadi usahawan. Waktu berbuka kita tutup kedai dan makan sama-sama. Tak ada meja, takde kerusi dan tak ada makanan mewah. Yang ada hanyalah semangat berjuang untuk habiskan jualan.

“Dan momen inilah satu kepuasan buat aku. Biarlah orang kata artis tak ada kelas duduk makan macam tu.

“Tapi usahawan tak kira kelas. Usahawan tidak bergelumang dengan kelas dan limelite. Dia struggle untuk hidup. Struggle untuk berjaya kerana we struggle today in developing the strength for tomorrow!

“Insya-Allah, doa buat semua usahawan di luar sana. Selamat berniaga, never quit!” tulis Erma.

Malah di dalam video tersebut, turut kelihatan pelakon Janna Nick dan adik Erma, Betty Rahmad. – MHE TV

Iklan