Berapa harga daddy untuk satu jam?,” itu soalan Dahlia Arissa pada Diyana Halik iaitu isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz.

Menurut Aaron, isterinya memberitahu, anak mereka yang berusia sembilan tahun itu bertanyakan soalan spontan tersebut kerana inginkan masa privasi dengannya untuk tempoh dua jam.

Kata bintang filem KL Gangster ini, hatinya berasa sayu, tersentuh dan hampir menangis mendengar keinginan anak bongsunya yang lebih manja dengan panggilan Dahlia itu.

“Hati saya luluh, jadi pulang saja dari pejabat saya terus bawa dia keluar,”kata Aaron.

Dia memuat naik dalam Instagram miliknya sekeping foto berdua bersama Arissa ketika di dalam kereta.

Selain Arissa, Aaron mempunyai dua lagi cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13.

Iklan