Masakan siapa paling sedap. Andi Bernadee atau Naim Daniel? Chef Dee Dee beritahu nanti dalam ‘Dapur Berkuap’ di saluran TV Okey.

Bakat mereka dalam bidang nyanyian dan lakonan memang tidak dinafi! Dan siapa sangka, mereka juga pandai memasak.

Cuma… sedap ke tidak? Tak tahu lah.

Satu yang pasti, masing-masing bersungguh tunjuk handal di dapur dengan menghasilkan menu yang mudah tapi menyelerakan.

Kemudian hidangan tersebut akan dinilai oleh seorang chef dikenali sebagai Chef Dee Dee.

Mereka yang MHE maksudkan ialah penyanyi lelaki popular seperti Naim Daniel, Ismail Izzani, Andi Bernadee, Asad Motawh dan ramai lagi.

Barisan artis ini menunjukkan kemampuan memasak dalam program, Dapur Berkuap.

Antaranya menu yang dimasak seperti, Sup Kepah Buah Pear, Pasta Santan Berkarborana, Kubis Gulung Sayur-sayuran, Sup Serai Sotong Nanas dan pelbagai lagi.

Menariknya, setiap mereka berkongsi dapur dengan seorang peminat setia dan bertanding menghasilkan menu hidangan yang sama tetapi masakan siapa yang lebih membuka selera.

Rancangan 13 episod ini terbitan saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah bersiaran mulai 11 Julai lalu setiap Khamis, pukul 10.30 pagi di TV Okey.- MHE TV

Iklan