Penampilan seseorang artis haruslah menonjol dan mempunyai identiti tersendiri.

Lebih-lebih lagi apabila artis itu turut dikenali di peringkat antarabangsa.

Penampilan Yuna yang unik dan tersendiri memang menjadi perhatian sejak mula bergelar penyanyi pada usia muda.

Antara penampilan Yuna yang ‘meriah’ dengan warna.

Namun apabila ada netizen yang ‘bergurau’ menyamakan penampilan Yuna dengan warna-warni kek lapis Sarawak, terus menjadi tular dalam laman media sosial.

Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter Abdulah Hafiz @abdulahhafizismail yang membuat ‘thread’ tentang kaitan pakaian Yuna dan kek lapis, ramai yang memberikan perhatian.

Sehinggakan Yuna sendiri memberikan komen paling ‘win’ pada status Abdulah.

Komen Yuna pada status Twitter Abdulah Hafiz.

“You’re giving me ideas – for new visuals..and also craving kek lapis Sarawak now but Im leaving Malaysia soon nooooo what have u done,” komen Yuna.

Wow, hebatlah Yuna! Walaupun berstatus penyanyi bertaraf antarabangsa, sikit pun tak marah. Malah siap terliur dengan kek lapis pula! – MHE TV

Iklan