Hiburan Trending Video

Bila Siti memasak sambil menyanyi…

Kecoh di set Go Shop pagi ini apabila penyanyi terulung negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kemunculan istimewa dalam program secara langsung ‘Go Shop DS Siti Nurhaliza x Vantage’.

Bermula pukul 10 pagi, program tersebut sememangnya ditunggu-tunggu peminat setia rancangan pemasaran dalam televisyen popular itu kerana mahu melihat sendiri aksi Siti Nurhaliza memasak sambil menyanyi. 

Sepanjang dua jam bersiaran, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa Siti Nurhaliza dengan seleksi lagu-lagu popularnya termasuk Comel Pipi Merah, Anta Permana dan Bukan Cinta Biasa. 

Duta produk kelengakapan dapur Vantage itu juga turut mempromosikan harga diskaun istimewa untuk koleksi ‘Siti Series’ sepanjang siaran. 

Selain mempamerkan bakat memasak menggunakan set periuk tersebut, isteri kesayangan Datuk K itu juga turut berkongsi resepi kegemarannya seperti ayam percik, patin tempoyak, pais ikan pari, kerabu sotong dan beberapa masakan yang lain. 

“Bila ada kelapangan, saya mesti akan memasak. Tambah seronok bila ada set periuk yang bukan sahaja cantik malah senang dan selamat digunakan.

“Sebagai wanita, memang menjadi perkara penting bila ada set kelengkapan yang sesuai dan terbaik, barulah tambah semangat nak masak untuk seisi keluarga,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para penonton di studio.

Siti di samping set kelengkapan memasak Vantage.

Siti bersama hos rancangan, Hazim Shauki.

Sesi memasak yang turut dibantu Chef Kamarul dan dihoskan Hazim Shauki itu gamat dengan gelagat mereka di dapur yang cukup menghiburkan. 

Lebih istimewa, tiga penonton bertuah yang membeli periuk vantage dengan nilai tertinggi berpeluang memenangi dua tiket platinum berharga RM355 setiap seorang bagi menonton Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.

Bukan itu sahaja, pemenang bertuah juga bakal membawa pulang poster istimewa yang ditandatangani penyanyi nombor satu negara itu. – MHETV 

Iklan
Ruang komen