Memang rare papan iklan di jalan raya dekat negara New Zealand ini.

Bila saja hujan, papan iklan yang memaparkan gambar wajah seorang budak lelaki ini akan mengeluarkan cecair seakan darah.

Ciptaan unik dibuat pada tahun 2009 ini katanya sebagai tanda peringatan terutama pengguna jalan raya lebih berhati-hati memandu ketika cuaca hujan.

Sebelum papan tanda tersebut dibina, New Zealand mencatatkan peningkatan jumlah kemalangan saban tahun.

Siapa sangka, selepas pihak berkuasa meletakkan papan iklan tersebut kadar kemalangan mencatatkan bilangan sifar.

Barangkali Malaysia juga boleh meniru kaedah begini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya di negara ini. – MHE TV

Ruang komen
Iklan