Hiburan Trending Video

Bimbang gores hati wanita – Anzalna elak kongsi petua hamil selepas tiga tahun kahwin

Anzalna kini sedang hamil enam bulan.

Aktres cantik, Anzalna Nasir, 31, mengelakkan dirinya daripada berkongsi sebarang petua berkaitan kehamilan terutama tip untuk mendapat anak kerana dikhuatiri menggores hati wanita lain.

Ditemui pada majlis pelancaran produk V Sensual Premium Intimate Wash keluaran syarikat DD Secrets Sdn. Bhd., Anzalna memberitahu sepanjang enam bulan usia kandungannya, dia tidak mengalami masalah atau berhadapan dengan alahan.

“Jujurnya, ramai yang mesej saya di media sosial bertanyakan macam-macam pendapat dan petua berkaitan soal kehamilan.

“Paling ramai, ada antaranya meminta tip untuk memperoleh anak setelah mereka mengetahui saya mula hamil setelah tiga tahun berumah tangga,” ujar isteri kepada Hanif Zaki itu.

Enggan kenyataannnya atau perkongsiannya kelak disalah tafsir lalu menggores hati pihak lain terutama wanita-wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, Anzalna membuat keputusan tidak menjawab soalan tersebut.

Barisan panel yang membicarakan tentang isu kewanitaan sempena pelancaran produk V Sensual Premium Intimate Wash.

“Bukan sombong, tetapi hakikatnya kita sukar untuk menjaga hati semua pihak. Jika saya jawab soalan sedemikian, takut nanti ada pula terasa hati.

Berbicara lanjut tentang produk V Sensual, Anzalna akui produk tersebut selamat digunakan oleh wanita yang sedang hamil.

“Mulanya saya risau juga apabila diberi peluang untuk menjadi testimoni terhadap produk ini.

“Namun selepas diyakinkan oleh pengasas syarikat yang juga kakak ipar saya, Diyanah Zaki, barulah saya berani mencuba.

“Apatah lagi penghasilan produk ini mendapat khidmat nasihat daripada pengasas syarikat NR yang terkenal dengan pengeluaran produk-produk herba iaitu Datin Sharifah Anisah Barakbah,” katanya. MHE TV

Ruang komen