Hari ni kita sudah masuk hari ketiga tahun baharu 2019. Pastinya kita mahu mulakan tahun 2019 dengan hari baharu yang lebih bermakna dan ceria.

Tetapi bagi model Chrissy Teigen, kejadian ketika sambutan tahun baharu pasti tak dapat dilupakan. Kalau tengok banyak kali rakaman yang disiarkan secara langsung menerusi stesyen televisyen NBC di Times Square, New York City ini pasti gelak tak sudah.

Gelak gelak juga tapi kasihan pun ada buat isteri John Legend ini. Kejadian yang tak diduga ini berlaku ketika Chrissy menjadi hos sebuah acara bersama Leslie Jones. Chrissy dilihat cuba memeluk Leslie namun payung yang dipegang temannya itu mencucuk dahinya dan hampir mengenai mata.

Walaupun kejadian berlaku terlalu pantas, Chrissy sempat menunjukkan ekspresi yang melucukan. Yang penting, mujur tak masuk ke dalam matanya!

Siaran secara langsung ini sempat dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Queen L’Antifa yang menggunakan nama akaun @Wstuartross. – MHE TV

Iklan