Calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands malam ini.

Ia juga merupakan satu sejarah apabila pertandingan kali ini merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, sementara Ramli pula mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi anggota parlimen.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran sekadar meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing hanya meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan wang deposit.

Peratus keluar mengundi juga adalah yang paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, iaitu kira-kira 68.79 peratus.

Bagi Manogaran pula, ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands walaupun kali ini beliau  bertanding mewakili parti pemerintah.- MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Ruang komen