Pelakon Jennifer Aniston meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 50 bersama orang-orang penting dalam hidupnya termasuk bekas suaminya, pelakon Brad Pitt.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel mewah itu merupakan detik istimewa dalam hidup pelakon filem Horrible Bosses ini.

Bagaimanapun Jennifer pada awalnya merasa ragu untuk menjemput Brad ke majlis tersebut. Walau tidak berbual lama sepanjang majlis, kehadiran Brad dianggap sangat bermakna.

“Brad adalah sebahagian penting dalam hidup Jennier. Setelah banyak kali berbincang dengan rakan-rakan, Jennifer akhirnya setuju menjemput Brad. Dia sangat gembira Brad dapat hadir.

“Mereka berpelukan dan berbual seketika namun tidak meluangkan masa yang lama. Jennifer sibuk melayan tetamu yang lain,” ujar satu sumber kepada portal People.

Jennifer dan Brad berkahwin pada tahun 2000 dan rumah tangga mereka bertahan selama lima tahun. Hubungan mereka dikatakan terus bersahabat baik selepas bercerai. 



Brad Pitt pernah menjadi orang penting dalam hidup Jennifer.



Jennifer kemudian berkahwin dengan Justin Theroux pada 2015 namun bercerai dua tahun kemudian.

Antara rakan artis lain yang turut hadir pada majlis tersebut semestinya teman baik dari sitcom Friends iaitu Lisa Kudrow dan Courteney Cox. – MHE TV

Iklan