Masakan Video

Brownies sayur untuk si kecil

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ cawan serbuk koko

Bahan B
2 biji telur
1 sudu besar esen vanila
½ cawan madu
½ cawan Greek yogurt
1 biji pisang
1 biji avokado
2 cawan bayam

Bahan C
½ cawan coklat chip

Cara membuatnya
1. Satukan bahan A dalam satu bekas. Kacau.
2. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam blender. Blend hingga sebati.
3. Di dalam bekas lain, satukan bahan A dan B. Kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan coklat chip. Kacau lagi.
4. Sendukkan adunan ke dalam cawan kertas yang disediakan. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
Selamat mencuba!
-MHETV

credit video: Tasty Junior

Iklan
Ruang komen