Ketika kumpulan sensasi dunia ini sekarang sedang bercuti dan tidak mahu diganggu, namun peminat tetap membuat nama mereka trending dalam media sosial.

Terbaharu, BTS Army (gelaran peminat) berdebat mengenai tuntutan BTS mendaftar dan menjalani latihan khidmat ketenteraan.

Dimulai dengan anggota paling tua, Jin dan Suga yang masing-masing berusia 26 tahun. Mereka dijangka mula mendaftar dan akan menjalani latihan mulai tahun depan.

Disusuli, Rap Monster, J-Hope Jimin, V dan diakhir sekali anggota termuda, Jungkook.

Sebilangan peminat mengharapkan mereka menjalani latihan pada waktu yang sama supaya boleh kembali bersama selepas dua tahun.

Mengikut undang-undang kerajaan Korea, ada beberapa peraturan khas termasuklah latihan ketenteraan boleh dikecualikan kepada anak seni yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Bagaimanapun dalam kalangan peminat berpendapat, BTS tidak perlu menerima layanan sebegitu.
Sebaliknya lebih berbangga jika artis kesayangan mereka itu menjalani latihan dan diberi layanan sama seperti pemuda biasa yang lain.

Selain itu, peminat juga mula menjangka, Big Hit Entertainment akan berdepan kesukaran apabila BTS memulakan latihan nanti kerana mereka satu-satunya ‘lubuk emas’ agensi tersebut.

Iklan