Fuhh, bukan calang-calang kekayaan yang dimiliki artis Korea ini. Yoona, 30, yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Girl’s Generation dilaporkan telah membeli sebuah bangunan bernilai 10 billion di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul.

Bangunan yang mempunyai enam tingkat ini dibina pada tahun 2014 dan keluasannya ialah 1,462.5 meter persegi.

Malah lokasi bangunan yang dibeli Yoona ini terletak di kawasan yang strategik iaitu berdekatan dengan sekolah di daerah Cheongdam.

Menurut laporan daripada industri hartanah, Cheongdam Square adalah kawasan yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dan mampu mencecah harga 60 hingga 70 million won mengikut sesebuah lokasi.-MHE TV

Sumber skyedaily.com

Iklan