Kes saman difailkan pasangan popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd. diputuskan berpihak kepada mereka oleh Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

D’Haja selaku pengedar kedua minyak wangi eksklusif keluaran kedua-dua selebriti itu iaitu Blue dan Maroon diarahkan melunaskan tuntutan dikemukakan pasangan tersebut sebanyak RM345,305.

“Kami buat tindakan ini bukan untuk mencari untung tetapi nak menuntut hak yang sudah dilaburkan,” ujar Awal.

Menurut Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya dan Scha, sekali gus memberi pengajaran kepada pihak lain agar berlaku jujur.

“Lega rasanya apabila kemenangan berpihak kepada kami. Sebelum ini, saya banyak kali ditipu.

“Namun pada usia sekarang, saya tidak mahu terus dipijak. Cukup-cukuplah dan sampai waktu saya perlu bertindak,” tegasnya. – MHE TV

Sumber gambar: Bernama

Iklan