Pelakon Datin Almy Nadia mengamuk di Instagram gara-gara tidak tahan dengan warganet yang suka putar belit perkongsiannya. 

Ketika dihubungi, Almy memberitahu dia pelik apabila isu yang dianggap kecil namun telah diperbesarkan dan menjadi perbalahan dalam kalangan netizen.

Almy Nadia

“Puncanya hanya kerana saya berkongsi gambar makanan dan tip untuk diet. Ramai pula yang kritik dengan pelbagai kata-kata.

“Kemudian cerita ini tersebar dan menjadi perbalahan. Saya sendiri tidak tahu kenapa ia jadi begini.

“Tetapi saya rasa marah apabila ada cerita yang tidak benar dan mereka menulis tanpa bertanya kepada saya,” ujar Almy.

Almy turut menegaskan dirinya kini bahagia bersama keluarga dan isu sebegini tidak pernah menyebabkan dirinya meroyan dalam tempoh berpantang ini.

“Saya okey dan gembira. Banyak dugaan yang saya hadapi. Jadi isu begini tak menjadi sebab untuk saya meroyan.

“Suami juga sentiasa memberi sokongan untuk saya. Dia tahu apa yang terbaik untuk menjaga keluarga.

“Saya tidak begitu ambil pusing apa orang nak kata sebab bukan mereka yang bagi makan saya dan keluarga,” jelas isteri kepada Datuk Fizz Fairuz ini lagi.

Almy baharu sahaja melahirkan anak ketiga pada 26 Disember lalu hasil perkahwinannya dengan Fizz Fairuz pada tahun 2014. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak angkat.- MHE TV

Iklan