“Biarlah apa orang nak kata. Saya akan terus menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee,” demikian pengakuan lelaki iras seniman legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Peminat setia P. Ramlee ini mampu bercakap dan menyanyi `iras’ seniman kesukaannya itu hingga  pernah memenangi pertandingan lagu-lagu seniman ulung ini hingga sudah bertahun dikenali sebagai P. Ramlee Sabah.

Fairuz Misran yang tidak ada pada zaman kegemilangan seniman P. Ramlee juga mengingatkan semua peminat-peminat dunia hiburan hari ini, P. Ramlee ketika hayatnya, pernah berkata, seandainya tidak ada lagi di dunia ini, namanya akan terus hidup berzaman lamanya.

Bagaikan doa menjadi kenyataan, hari ini jangankan lagu-lagu dan usaha seninya dalam filem tak jemu-jemu dan basi malah hadirnya penyanyi seperti Fairuz dan lain-lain, mahu dikenali dengan nama P. Ramlee.

Ditanya tentang seorang lagi `saingannya’ penyanyi sejak 90-an, terkenal  dengan imej P. Ramlee iaitu Musly Ramlee, Fairuz turut kagum dan mahu bekerjasama dengannya.

“Saya kenal dia, saya juga pernah jumpa dan menyanyi sepentas. Kalau ada rezeki saya sedia buat rakaman bersama-samanya,” kata Fairuz. 

Iklan