Hubungan cinta antara pelakon Kim Woo Bin dan Shin Min Ah memang bukan lagi rahsia.

Namun pasangan ini jarang ‘bercerita’ kepada umum mengenai perkembangan hubungan asmara mereka.

Sementara, Woo Bin kini dalam proses pemulihan selepas dia selesai menjalani rawatan kimoterapi akibat kanser nasopharyngeal.

Meskipun masih belum sihat sepenuhnya, namun Woo Bin tetap tidak lupa memberi sokongan kepada MiN Ah yang kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu bertajuk, Chief of Staff.

Baru-baru ini, bintang drama Uncontrollably Fond itu memberi kejutan manis dengan mengirimkan sebuah trak kopi untuk dinikmati buah hatinya bersama semua kru produksi.

“Saya menyokong kamu,” itu kata-kata yang tertulis pada trak tersebut yanng ditujukan kepada Min Ah.

Woo Bin juga turut menyatakan sokongannya kepada seluruh produksi drama berkenaan.

Menurut sumber, Shin Min Ah sangat bahagia ketika menerima kejutan yang dikirimkan teman lelakinya itu.

“Walaupun cuaca panas terik, Shin Min Ah keluar dan bergambar dengan ‘hadiahnya’ itu.

“Dia sangat gembira selepas membaca pesanan yang ditinggalkan Woo Bin untuknya.

“Hinggakan ada kru produksi yang cemburu dan menganggap Min Ah bertuah kerana mendapat kejutan manis itu,” dedah sumber tersebut.

Kisah percintaan Kim Woo Bin dan Shin Min Ah menjadi perhatian sejak pertama kali mereka membuat pengakuan kepada umum pada tahun 2015. – MHE TV

Iklan