Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat atas tuduhan rasuah dan bersubahat.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bung Moktar yang berusia 59 ditahan di SPRM Sabah pada jam 10.50 pagi semalam manakala isterinya, 41 tahun, ditahan pada jam 11.15 pagi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Penahanan itu dibuat selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan FECRA.

Bagaimanapun kedua-dua mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataan mereka diambil.

Kenyataan SPRM itu turut menyebut telah mendapat keizinan Peguam Negara bagi membuat pertuduhan ke atas bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA tersebut dan isterinya.

Kedua-duanya bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan