Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan dikenali sebagai selebriti yang sentiasa bersiap dan gemar mengenakan bulu mata yang tebal.

Namun apabila ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu tampil dengan solekan yang tipis dan tanpa bulu mata yang berlapis-lapis, ramai yang terpegun dengan kecantikan yang dimilikinya.

Menerusi ruangan komen dalam laman Instagram Che Ta, rata-rata memuji isteri Zain ini lebih jelita dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Malah peminat turut mencadangkan untuk Che Ta tampil kekal dengan imej sedemikian kerana ia lebih menyerlahkan kecantikan sebenar khususnya pada bahagian mata.

Che Ta tampil tanpa bulu mata dan mekap tebal sewaktu keluar makan durian bersama Aaisyah.

“Yes..nampak sangat-sangat muda tanpa bulu mata palsu. Lovely Che Ta,” komen seorang peminat.

“Adoi patut nampak cantik sangat. Tak ada bulu mata dan mekap tebal-tebal rupanya,” kata netizen.

“Che Ta lagi cantik tak ada bulu mata…nampak muda,” tambah seorang lagi.

 

View this post on Instagram

 

Dia ja yang sehati sejiwa dgn mummy yg boleh makan deqeyan sepanjang haqi .. @aaisyahdhiarana111 #musangking

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Che Ta memuat naik video bersama Aaisyah dalam laman Instagram selepas selesai makan durian di kawasan Subang Jaya, pada Khamis.

Barangkali selepas ini Che Ta kenalah mengambil kira pandangan orang para peminatnya yang gembira melihat solekan tipis pada wajah artis ini. – MHE TV

Iklan