Wah, tahniah chef! Akhirnya buku pertama My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes berjaya juga disiapkan.

Meskipun Zaleha Kadir Olpin, tukang masak kelahiran Malaysia ini tersingkir daripada rancangan pertandingan masakan MasterChef UK 2018 gara-gara rendang yang dimasaknya tidak rangup, namun wanita ini berjaya mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, That Rendang Lady. Khabarnya, untuk pasaran Asia buku ini dijual 1 Julai depan, diikuti di United Kingdom (UK) pada 16 September.

Zaleha di samping buku resepi hasil tulisannya sendiri, My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes.

Pada masa yang sama, beliau meluahkan rasa teruja kerana dapat memegang naskhah tulisannya sendiri selepas beberapa bulan bekerja keras untuk menyiapkan buku itu. Justeru, beliau berharap sesiapa yang membacanya nanti dapat menikmati dan menghargai bahan bacaan itu.

Jelas Zaleha, buku tulisannya itu mengandungi resipi masakan seperti laksam, nasi lemak dan rendang ayam. Kebanyakannya turun-temurun daripada ibu dan neneknya.

Lebih istimewa, anak jati Kuantan, Pahang yang kini menetap di Bristol UK turut berkongsi kisahnya membesar dalam keluarga yang gemar memasak serta kepentingan makanan dalam budaya Malaysia.-MHE TV

Sumber gambar: That Rendang Lady

Iklan