Pelakon Chris Pratt selamat melangsungkan perkahwinan dengan Katherine Schwarzenenegger di California, Amerika Syarikat semalam.

Majlis berlangsung dalam satu acara tertutup yang dihadiri hanya keluarga dan sahabat terdekat. Antara yang hadir termasuk bekas isteri Pratt iaitu pelakon Anna Faris dan anak mereka.

Pelakon watak Peter Quill filem Guardians of the Galaxy ini turut berkongsi berita gembira tersebut dalam laman sosial miliknya.

“Semalam adalah hari terbaik dalam hidup. Kami berkahwin disaksikan keluarga dan orang-orang yang disayangi.

“Kami bersyukur dapat meneruskan perjalanan baharu dalam hidup. Pagi ini kami rasa sungguh bertuah,” tulis Pratt yang memakai baju Giorgio Armani pada hari perkahwinannya.

Pratt dan Katherine yang merupakan anak kepada pelakon Arnold Schwarzenegger mula bertemu sejak tahun 2018. Mereka mengumumkan pertunangan pada Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Pratt. Dia dan Anna berkahwin pada tahun 2009 namun bercerai pada 2018. Hasil perkawinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jack, 6 tahun.

Iklan