Hiburan Trending Video

“Cincin itu memang saya punya” – Michelle Yeoh

Penampilan aktres antarabangsa dan legenda seni mempertahankan diri, Tan Sri Michelle Yeoh pada majlis anugerah Golden Globe 2019 yang berlangsung di Beverly Hills, California pada 7 Januari lalu mencetus bualan hangat ramai peminat.

Mana tidaknya, dia yang menggayakan gaun labuh berona hijau dengan potongan belah di dada telah memukau dan mencuri tumpuan ramai tetamu di acara karpet merah anugerah tersebut. 

Apa yang lebih menarik perhatian, sebentuk cincin berbatu zamrud sama seperti cincin yang pernah dipakai ketika melakonkan watak sebagai Eleanor dalam filem pecah panggung, ‘Crazy Rich Asia’, tersarung dijari manisnya. 

“Cincin itu memang saya punya,” akui bintang Crouching Tiger, Hidden Dragon ini ketika muncul dalam program Buzzfeed.

“Saya tidak tunggu orang memberikan saya hadiah. Jika saya mahukan bunga, saya yang akan menghantarnya kepada diri sendiri,” tambah anak kelahiran Ipoh, Perak ini. – MHETV 

 

Ruang komen