Kumpulan BTS menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia.

Kumpulan K-Pop sensasi dunia, BTS semalam berjaya mengekalkan kemenangan mereka selama tiga tahun berturut-turut menerusi kategori Artis Media Sosial Paling Top (Top Social Artist) di Anugerah Muzik Billboard 2019.

Kemenangan mereka kali ini sekali gus memusnahkan harapan Ariana Grande & Louis Tomlinson, kumpulan EXO dan GOT7.

Selain itu, idola di bawah naungan Big Hits Entertainment ini turut mencipta sejarah sebagai artis pertama yang meraih kategori Kumpulan Paling Top (Top Group).

Mereka merampas gelaran itu daripada Imagine Dragons (yang memenangi kategori tersebut pada tahun lalu) sekali gus mengenepikan kumpulan Maroon 5, Dan and Shay dan Panic! At The Disco.

“Kami masih tidak percaya dapat berdiri di atas pentas ini bersama dengan barisan artis hebat. Semua ini berlaku kerana apa yang kita kongsikan, BTS dan Army (gelaran untuk peminat) berkuasa, bukan?

“Kami masih budak yang sama seperti enam tahun lalu dan masih dengan impian yang sama. Marilah kita bersama-sama terus membina impian terbaik. Kami sayang kamu semua,” ucap Rap Monster mewakili anggota lain ketika mereka menerima trofi tersebut.

Dihoskan oleh Kelly Clarkson, majlis anugerah tersebut berlangsung penuh meriah di MGM Garden Arena di Las Vegas. – MHE TV

Iklan