Anak Serena Williams, Alexis Olympia, bagaikan sudah mengerti kerjaya ibunya sebagai pemain tenis dunia.

Sewaktu sesi pertandingan yang diadakan di Abu Dhabi, Khamis lalu, Alexis yang berusia satu tahun dilihat bertepuk tangan untuk ibunya.

Walaupun dalam pertandingan itu, Serena kalah kepada adiknya, Venus Williams namun dia dianggap pemenang di mata Alexis.

“Inilah baru anak yang hebat. Dia bertepuk tangan untuk ibu dan makciknya,” komen Serena.

Malah suami Serena, Ohanian turut berkongsi momen manis itu dalam laman Instagramnya. -MHE TV

Iklan