Masalah ketagihan dadah dan arak yang dialami Robbie Williams menyebabkan dia sentiasa diselubungi rasa mahu membunuh diri.

Akui bintang Pop berusia 45 tahun ini, setiap kali menyuntik dadah dan minum arak hingga ke tahap luar kawalan, dia menjadi paranoid.

Malah dia mendakwa, rumah yang didiami di Primrose Hill, London, berhantu.

“Setiap kali berada di rumah, suasana gelap dan seperti ada sesuatu yang berkuasa.

“Saya mendengar bunyi tapak kaki menaiki tangga,” cerita Robbie dalam sebuah program di Hollywood baru-baru ini.

Lebih teruk, dia pernah berlari dan melompat ke atas kereta kerana percaya yang dirinya dikejar hantu.

Disebabkan ketakutan itu, Robbie berniat membunuh diri sebagai jalan melarikan diri daripada makhluk halus tersebut.

“Ketika itu saya berfikir, kalau dua bulan lagi saya tidak dapat mengatasi rasa takut ini dan dia (hantu) masih tinggal di sini, saya akan membunuh diri.

Perubahan besar Robbie William setelah berjaya mengatasi masalah ketagihan, dia kini bahagia di samping isteri, pelakon Ayda Field dan tiga orang anaknya

Anak perempuannya, Teddy mencuri perhatian umum ketika menjadi ‘flower girl’ di majlis perkahwinan kerabat diraja Britain, Puteri Eugenie and Jack Brooksbank, tahun lalu

Namun dia akhirnya mengambil keputusan berpindah ke hotel ekoran kerap melalui pengalaman yang menyeramkan di rumah sendiri.

“Satu pagi saya bangun dan melihat ada bayang hitam di hujung katil.

“Sangat menakutkan. Hendak bangun dan pergi memberus gigi pun saya tidak berani.

“Saya ceritakan kepada rakan dan beritahu jika ‘ia’ masih mahu tinggal bersama, saya akan membunuh diri.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Better Man ini berjaya mengatasi masalah ketagihan selepas mendapatkan rawatan pemulihan pada tahun 2007.- MHE TV

Iklan