Jenayah Trending Video

[VIDEO]Dah 17km lawan arus, lepas tu cakap salah jalan?

Kecoh di laman sosial Facebook petang semalam, aksi sebuah lori tangki muatan bahan kimia yang dipandu  secara melawan arus dalam keadaan hujan lebat di Kilometer 27 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang.

Bagaimanapun, tindakkan gila pemandu yang boleh membahayakan penggunaan lain menerima padah apabila dia berjaya ditahan polis beberapa jam kemudian.

Seperti dilaporkan Kosmo Online, bertindak atas maklumat pemandu lori tersebut yang berusia 59 tahun berjaya ditahan di Kawasan Rehat Tanjung Dua Belas.

Jarak antara lokasi pemandu itu ditahan dan tempat bermula pemanduan lawan arus dianggarkan kira-kira 17 kilometer.

Azman menambah, semakan rekod mendapati terdapat satu saman ke atas pemandu lori sebelum ini atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi.

“Selain itu satu saman turut direkodkan terhadap lori berkenaan kerana memotong secara berbahaya.

“Soal siasat terhadap lelaki tersebut menyatakan bertindak demikian disebabkan tersilap jalan dengan kita sedang menunggu laporan air kencing dan alkoholnya,” katanya.

Jelas beliau, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Telok Datuk esok.

Kes kini disiasat Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, aksi pemandu lori tersebut tular susulan sebuah video berdurasi 1.11 minit yang dimuat naik di laman sosial Facebook.- MHE TV.

Ruang komen