“Umur saya dah 32 tahun. Memang waktu sesuai untuk bina keluarga dan menjadi ketua keluarga,” demikian kata pelakon Johan Asari ketika ditanya tentang perancangan untuk berkahwin.

Pelakon filem Balada Pencinta sebelum ini tidak berselindung tentang hubungannya bersama seorang wanita yang bernama Letty.

Jelas Johan, walaupun Letty bekerja di luar negara, namun hubungan mereka tetap berjalan seperti pasangan kekasih yang lain.

“Hanya jarak yang memisahkan kami. Dengan teknologi yang serba canggih ini, tak sukar untuk kami berhubung.

“Secara jujurnya, memang saya dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Tapi apa-apa pun saya serahkan semua itu pada jodoh. Kalau ada jodoh untuk kami bersama, Tuhan akan permudahkan.

“Setakat ini, memang kami masih lagi mengenali hati budi dan berada dalam fasa serius,” katanya kepada MHE TV.

Iklan