Berjaya menyimpan rahsia selama lebih kurang empat bulan, supermodel Heidi Klum dan gitaris Tom Kaulitz rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri.

Pasangan berasal dari German ini dipercayai melangsungkan perkahwinan pada 22 Februari lalu, selepas dua bulan bertunang.

Mereka juga sudah memperoleh sijil perkahwinan secara sulit di California, baru-baru ini.

Kisah hubungan cinta bekas juri American Got’s Talent dan anggota kumpulan Tokio Hotel ini mula hangat diperkatakan pada Mac 2018.

Bagaimanapun, Heidi, 46, akhirnya mengaku dan membuat penampilan kali pertama bersama Tom, 29, di malam gala amfAR di Cannes pada Mei tahun yang sama.

Namun hubungan mereka dikritik kerana jarak perbezaan usia 17 tahun.

Heidi Klum dan suami, Tom Kaulitz berjaya merahsiakan status perkahwinan mereka selama lebih kurang empat bulan

Sebelum menjalin cinta dengan Tom, Heidi pernah bercinta selama tiga tahun dengan ahli perniagaan Switzerland, Vito Schnabel. Mereka berpisah pada September 2018.

Ini merupakan perkahwinan kali ketiga bagi Heidi. Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan stylist Rip Pipino dari tahun 1997 hingga 2002.

Kemudian dia berkahwin pula dengan pemuzik, Seal dari tahun 2005 hingga tahun 2014.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Henry (13 tahun), Johan (12 tahun) dan seorang anak perempuan, Lou (9 tahun).

Heidi juga mengambil seorang anak angkat bernama Leni yang kini berusia 15 tahun. – MHE TV

Iklan