Lagi artis kita masuk wad. Selepas pelakon Mustapha Kamal dirawat kerana keracunan makanan, pelakon Kartina Aziz kerana strok kecil, penyanyi Halil Chik pula ditahan di wad.

Halil Chik yang menghidap darah tinggi memberitahu, bacaan darahnya yang begitu tinggi mencapai 200, mengakibatkan rasa tidak sihat badan dan berdepan masalah strok.

Dia yang dibawa ke Hospital Ampang, lewat malam tadi ditahan di dalam wad.

Halil Chik atau Abdul Halil Chik, penyanyi berasal dari Singapura sudah lama tinggal di sini.

Halil Chik kini menetap di Bukit Antarabangsa bersama dua orang anak lelakinya.

Selepas bercerai dengan bekas isteri 21 tahun lalu, beliau aktif menyanyi dan membesarkan anak-anaknya, Alif, 24 dan Johan, 19.

Sejak bersendiri dan terputus hubungan dengan bekas isterinya yang sudah berhijrah ke Amerika, beliau tidak mahu berkahwin lagi.

Sama-sama kita doakan semoga Halil Chik segera sembuh.

Iklan