Setiap kali Ramadan, premis menjual makanan yang terletak di mukim Sawangan, Kota Depok, Jakarta ini akan menganjurkan program amal dipanggil ‘Buka Puasa Bayar Pake Doa’.

Tahun ini merupakan kali keenam di mana pelanggan yang datang berbuka puasa di kedai soto kauman Express tidak perlu membayar menggunakan wang.

Cukup hanya dengan menulis satu doa di laman sesawang bit.lyBayarPakaiDoa atau menggunakan kertas yang disediakan pelayan.

Pemilik kedai tersebut, Ubaidilah berkata, pada tahun ini pelanggan boleh mencuba set makanan seperti soto, ladu, kurma dan air sejuk.

Menurutnya, program ini dianjurkan hanya sekadar perkongsian rezeki di bulan Ramadan. Secara tidak langsung, dia tidak mahu ketinggalan mengejar pahala pada bulan mulia ini.- MHE TV

Iklan