Pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Bella memberitahu kes kecurangan suaminya baru-baru ini menyebabkan dia nekad berpisah.

“Sebelum ini saya cuba pertahankan rumah tangga. Semua orang pernah buat silap dan mungkin saya juga perlukan kemaafkan jika buat salah di masa akan datang.

“Namun sekali atau dua buat salah boleh dimaafkan, tetapi jika sudah berkali-kali itu adalah pilihan untuk berbuat demikian. Berpisah adalah jalan terbaik.

“Saya tidak mahu ada perkara negatif dalam hidup anak saya. Namun walau apa sekali pun, Aliff tetap bapa kepada anak kami,” ujar Bella.

Bella dan Aliff berkahwin pada 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia satu tahun.

Beberapa hari lalu, nama Aliff hangat diperkatakan berikutan tersebarnya gambar mesra dia bersama seorang wanita bernama Nismell.

Ini bukanlah kes pertama tentang kecurangan Aliff setelah berumah tangga. Dia pernah dikaitkan dengan pelakon Afifah Nasir dan Octovia Manrose. – MHE TV

Iklan