Ekoran dituduh memperli Elly Mazlein ketika memberi ucapan sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang lalu, pelakon veteran Fauziah Nawi telah membuat laporan polis.

Menerusi entri yang dimuat naik sejam lalu, dalam komennya juga Fauziah menegaskan yang dia langsung tidak menyindir sesiapa pun termasuk Elly Mazlein.

Kata pelakon berpengalaman ini menerusi. beberapa entri sebelumnya, dia menganggap dirinya difitnah dengan tuduhan tersebut dan terserahlah kepada mereka yang mahu mempercayainya atau pun tidak.

Jumaat lalu, Fauziah yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Ibu, sempat menyebut kata-kata yang mengundang kontroversi dalam responnya kepada Syuk, pengacara yang terlibat dalam program tersebut.

“Jangan siapa marah I. Walaupun hari ini I sendirian, dah 26 tahun suami meninggal, I tak nak ambil laki siapa-siapa pun ok” .

Ucapan tersebut kemudianya dimuat naik oleh sebuah portal hiburan sehingga menjadi perbahasan dalam kalangan warganet.

Sesetengah warganet mengaitkan ucapan tersebut ditujukan kepada Elly Mazlein yang kebetulan menjadi hos ketika penyampaian anugerah tersebut.

Namun ada juga yang mengandaikan ucapan tersebut tidak dikhususkan kepada sesiapa pun dan ia bersifat umum.

– MHE TV

Iklan