Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengharumkan nama Malaysia dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Lelaki Terbaik Asia 2018.

Anugerah berkenaan adalah anjuran Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) dalam memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet para yang cemerlang di rantau Asia.

Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Ridzuan atau mesra dipanggil Dik Wan turut berkongsi kegembiraan tersebut menerusi satu ucapan penghargaan buat penyokong dan juga jurulatih.

Dalam majlis yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dia menerima anugerah berkenaan daripada Presiden APC Majid Rashed dan presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli.- MHETV

Iklan