Penyanyi Datuk Syafinaz akui dia pernah dikutuk oleh rakan baiknya, Amber Chia gara-gara tidak memiliki akaun Instagram. Guru vokal ini juga memberitahu dia sebenarnya tidak punya banyak masa untuk melayan laman sosial.

Namun sejak dipilih menjadi salah seorang mentor dalam program Mentor 7, Syafinaz terpaksa membuka akaun sendiri. Dalam masa sama beliau juga berharap penglibatan kali ini menjadi batu loncatan agar namanya kembali dikenali sebagai seorang penyanyi.

Iklan