ANAK penyanyi  terkenal Halil Chik, Alif Halil, 23, memohon semua yang mengenali ayahnya, terus berdoa agar beliau lekas sembuh.

Sejak dimasukkan ke Hospital Ampang , Khamis minggu lalu, bacaan darah tingginya yang  membimbangkan pada beberapa hari lalu dengan bacaan, lebih 200 kini beransur stabil namun masih memerlukan rawatan.

“Doktor dah buat pemeriksaan Jumaat lalu. Darah tinggi ayah makin naik,” katanya kepada URTV .

Halil Chik mengalami masalah darah tinggi yang teruk bahagian otak kiri mengakibatkan strok anggota kanan badan.

“Bagaimanapun pada pagi ini keadaan jadi stabil dengan bacaan  terkini, bacaan darah tinggi ialah 167,” katanya kepada  URTV pagi (Isnin, 24 Jun 2019).

Aliff juga bercerita bagaimana dia tergerak hati nak menjenguk ayahnya di bilik dekat rumah mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur malam Rabu, begitu terkejut melihat Halil Chik  dengan tangan tergerak-gerak bagai meminta tolong tapi sukar bercakap,  di  atas lantai terjatuh dari katil. Aliff menghubungi  Datuk Tony (bekas pengurus Sahara Yaacob) juga sahabat Halil, untuk  membantu memapah ayahnya ke hospital. (Ikuti video wawancara dengan Alif)

Aliff juga bercerita ayahnya sempat pulang beraya ke Singapura selama lima hari sebelum balik ke Kuala Lumpur beraya dengan mereka.

“Teruskan doa untuk papa selain itu saya juga memohon gambar yang dirakam yang datang menziarahi papa tidak dimuatkan dalam laman sosial sebagai menghormati keadaannya,” katanya.

Aliff dan adiknya Johan bergilir-gilir menjaga ayahnya. Halil Chik sudah 21 tahun menduda membesarkan anak-anaknya selepas bercerai dengan bekas isteri.

Sama-sama kita semua mendoakan  Halil Chik, lekas sembuh daripada  dugaan dihadapinya.

Iklan