Ramai betul yang sakit dalam tempoh seminggu menyambut Syawal.

Penyanyi Fazli Zainal juga dimasukkan ke hospital sejak semalam akibat demam.

Ketika dihubungi MHE TV, kata penyanyi lagu Harapan ini, tidak ada sebarang masalah serius yang berlaku ke atas dirinya.

Dia mendapatkan rawatan selepas berasa lemah badan sejak dua hari lalu.

“Selepas rasa tidak sedap badan saya pergi ke hospital untuk berjumpa doktor dan kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.

“Tidak ada yang serius. Hanya demam panas dan perlu pemantauan sahaja. Doktor juga pesan jangan terlalu stres.

“Mungkin sepanjang bulan puasa lalu saya terlalu sibuk bekerja,” ujar Fazli.

Jika tidak ada sebarang masalah, Fazli akan dibenarkan keluar hospital pada esok hari.

“Walau terpaksa masuk wad selepas seminggu raya, saya okey sahaja. Lagipun pada usia begini, saya tidak begitu beriya nak sambut raya.

“Cukuplah meraikannya pada 1 Syawal dan menghadiri jemputan rumah terbuka,” ujar penyanyi berusia 42 tahun ini. – MHE TV

Iklan