Sebelum namanya popular seperti sekarang, penyanyi Dua Lipa pernah diselubungi rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Malah penyanyi yang berjaya mencuri perhatian peminat muzik seluruh dunia menerusi lagu New Rules ini mengaku tidak suka dengan namanya itu.

Wanita berketunan Albanian ini merasakan nama tersebut tidak membawa tuah dan keterlaluan.

Padahal, jika dalam keturunannya nama itu sangat baik.

Dua membawa maksud cinta. Tetapi dia merasakan nama itu berlebihan untuknya.

Sebaliknya, dua lebih suka jika namanya dipanggil sebagai Hannah, Sarah atau Ella.

Namun sering waktu beredar, Dua Lipa kini bertukar fikiran bahkan dia semakin percaya pada dirinya dan mengaku bertuah kerana memiliki nama tersebut.

Nama itu kini dianggap sebagai ‘trademark’ dan mudah diingati.- MHE TV

Iklan