Tidak perlu nak datang beraya ke rumah, tengok Instagram Live Pak Nil pun boleh dapat duit raya.

Itu yang dilakukan oleh pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil.

Beliau memilih peminat secara rawak ketika membuat Instagram Live untuk diberikan duit raya.

“Ketika saya buat live, ramai yang minta duit raya. Saya cakap letakkan nama, nombor akaun dan nama bank,” tulis Pak Nil dalam entri Instagram miliknya.

Ketika sesi live tersebut seramai lima individu bertuah dipilih dan Pak Nil telahpun membuat pindahan wang secara atas talian sebanyak RM 50 setiap seorang.

Baik sungguh hati Pak Nil. Ramailah akan sertai sesi live Pak Nil selepas ini. Siapa tahu akan mingkin bertuah dapat duit raya. – MHE TV

Iklan