Hiburan Video

Dulu hebat menari, sekarang dah jadi orang korporat – Yatie Feminin

Masih ingat dengan kumpulan Feminin yang popular dengan lagu Untukmu dan Kini sekitar tahun 1990-an dahulu? Meskipun kumpulan yang terdiri dari empat gadis ini tidak bertahan lama, namun nama mereka masih diingat oleh ramai peminat muzik tempatan.

MHE TV bertemu salah seorang anggota Feminin iatu Yatie yang kini memegang jawatan sebagai perancang ekonomi di syarikat penerbangan Malindo Air. Kata Yatie, dia dan tiga lagi rakannya masih sentiasa berhubung dan mereka akan berkumpul setiap kali hari lebaran.

Ruang komen