Wajah terbaharu Steve sewaktu menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Jika sebelum ini nama pelakon popular Indonesia Steve Emmanuel tular kerana ditangkap memiliki dadah jenis kokain di pangsapurinya di kawasan Mampang, Jakarta Selatan pada Disember tahun lalu.

Namun Steve kembali menjadi bualan hangat semalam sewaktu menghadiri perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat dengan agenda pembacaan dakwaan atas kesalahannya.

Semuanya gara-gara jawapan Steve sewaktu disoal hakim ketua berkenaan keadaan diri dan anutan agamanya di dalam mahkamah pada awal perbicaraan.

“Agama kamu apa?” tanya Hakim Ketua.

“Kristian yang mulia,” jawab Steve yang memakai kemeja putih dan seluar hitam sewaktu perbicaraan.

Steve menghadapi pertuduhan selepas ditangkap kerana memiliki kokain di pangsapurinya.

Menurut laporan Insertlive.com, situasi menjadi kecoh selepas mendengarkan jawapan bekas kekasih Andi Soraya itu.

Steve Emmanuel mula memeluk agama Islam pada 24 Mei 2008 ketika masih tinggal bersama dengan Andi Soraya. Steve mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Front Pembela Islam (FPI), Jakarta Pusat dengan disaksikan Habib Rizieq.

Steve sewaktu bersama Andi Soraya.

Selepas bergelar mualaf, Steve menggunakan nama Yusof Imam. Namun sehingga kini, masih belum ada keterangan atau penjelasan lanjut daripada Steve tentang agama yang dianutinya.

Steve merupakan jejaka campuran Indonesia dan Amerika yang juga seorang model iklan dan pelakon sinetron terkenal.

Antara sinetron yang pernah dibintanginya ialah Kau dan Dia serta Siapa Takut Jatuh Cinta bersama lakonan Jonathan Frizzy, Indra Bruggman dan Roger Danuarta. – MHE TV

Iklan