Pelakon Elfira Loy selamat melahirkan anak sulungnya, sebentar tadi.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, kelihatan suami Faris Khairol Anuar melihat keadaan anak mereka.

Elfira memilih Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan sebagai lokasi melahirkan bayi sulungnya itu.

Bagaimanapun, Elfira tidak memperincikan lanjut tentang jantina cahaya mata sulungnya itu sama bayi lelaki atau perempuan.

Elfira tidak mendedahkan lanjut tentang jantina bayi sulungnya.

Namun begitu netizen beranggapan jantina bayinya adalah lelaki berdasarkan warna selimut yang membaluti tubuh si kecil itu.

Elfira, 25, berkahwin dengan Faris pada 1 Januari lalu, di sebuah resort di Cyberjaya, selepas mengikat tali pertunangan pada September. -MHE TV

 

View this post on Instagram

 

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Iklan